Rabu, 29 Juni 2011

167. Perbandingan Cawan dan Kolam

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah lunglai menuju ke ujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Setiap hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahasia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus bertanya kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengar lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat yaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit heran.

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .

” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

” Asin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.

” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. ”

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di ambil dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.

” Tawar, tidak asin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita. Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih bisa tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita. Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku bisa berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih bisa memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

2 komentar:

andi wilky mengatakan...

teruskan gann...
gw penggemar blog km. aku suka sekali.
i liked :D

Unknown mengatakan...

thx bro, join jg dipagenya di FB ya nih linknya http://www.facebook.com/pages/Pecinta-Kisah-Nyata-Cerita-Motivator-Kisah-Renungan-dan-Info-Penting/167543366617595

Posting Komentar